Selamat Datang Ke Portal Rasmi SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang

SEJARAH SMKA TAHAP

     Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang atau lebih dikenali sebagai SMKA TAHAP. Terletak kira-kira 5 Km dari Bandar Jerantut. Sekolah ini mula dibuka pada 8 Januari 1984 dengan nama Sekolah Menengah Agama Pahang. Pada mulanya sekolah ini menumpang di Sekolah Menengah Jerantut dengan pelajar seramai 120 orang. Guru perintis sekolah ini ialah seramai 11 orang . Tuan Haji Mansor Bin Haji Abdul Kadir merupakan pengetua yang pertama.
     Awal tahun 1988, sekolah ini telah berpindah ke bangunan yang ada sekarang. DYMM Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah telah berkenan merasmikan sekolah ini pada 27 September 1988. Nama sekolah ini telah ditukarkan kepada SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TENGKU AMPUAN HAJJAH AFZAN PAHANG , sempena nama Al-Marhumah DYMM Tengku Ampuan Pahang iaitu Al-Marhumah Tengku Ampuan Hajjah Afzan Binti Al-Marhum Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad.
     Bermula tahun 1999 sehingga 2004, sekolah ini telah menjadi Sekolah Bestari Rintis dan menjadi Sekolah Bestari Perdana sehingga sekarang. Pada tahun 2009, sekolah ini telah menyambut ulangtahun yang ke-25 (Jubli Perak).

No comments:

Post a Comment